Beberapa bulan lalu telah menyaskikan NFT semakin mendapat perhatian ramai. Kesanggupan orang ramai untuk berbelanja untuk menjadi pemilik kepada sesebuah NFT antara yang membuatkan industri ini semakin dikenali ramai. Malah, perkataan NFT turut dinobat sebagai Word Of The Year 2021.

Terbaharu, koleksi NFT popular dunia iaitu CryptoPunk sekali lagi berjaya menjadi perhatian dunia apabila salah satu karya CryptoPunk #5822 berjaya terjual dengan harga 8,000ETH (~RM96 juta).

Pembelian karya ini jelas mengejutkan ramai melihatkan kepada jumlah wang yang dibelanjakan dalam menjadi pemilik kepada karya NFT ini. Malah, tidak kurang juga individu yang mendakwa pembelian ini sebagai langkah untuk pengubahan wang haram dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pemilik kepada karya CryptoPunk ini mulai diketahui ramai setelah akaun Twitter Deepak.eth selaku CEO kepada syarikat Chain tampil memaklumkannya. Berdasarkan carian, beliau merupakan individu yang aktif dalam dunia NFT serta kerap mengumpul NFT CryptoPunk dan Mutant Ape Yacht Club (MAYC).

Dari segi rekaan, karya CryptoPunk ini tampil berbeza dengan karya CryptoPunk yang lain menerusi pemakaian bandana berwarna biru. Populariti, utiliti serta perkembangan NFT yang turut digunakan dalam menampil status pembeli yang mendorong seseorang untuk mendapatkan NFT bernilai tinggi.

Ketahui terlebih dahulu 6 jenis NFT yang sedia ditawarkan dalam pasaran khusus buat para peminat dan pelabur yang berminat menyertai dunia NFT.

6 Jenis NFT Yang Sedia Ditawarkan Dalam Pasaran Khusus Buat Para Peminat Dan Pelabur

Lelaki Ini Kongsikan Kelebihan Memiliki Karya NFT BAYC Yang Kini Popular Di Pasaran