Pertama Di Dunia, Penggunaan Lencana QR Mudahkan Urusan Rekod Kehadiran Pelajar

Pada hari ini, boleh dikatakan kesemua urusan perlu dibuat menerusi kod QR tidak kiralah untuk memasuki sesebuah premis atau pun membayar secara cashless. Hal ini sekaligus dapat memudahkan proses sesuatu urusan serta menjimatkan masa buat pengguna.

Namun lain pula cerita sebahagian sekolah di Malaysia apabila sudah mulai menggunakan kod QR untuk merekod kehadiran seseorang pelajar. sahsiah kokurikulum, ibadah dan pembayaran. MyFuturity Global Sdn Bhd selaku syarikat pertama di dunia yang berjaya menghasilkan lencana QR bagi kegunaan sekolah.

Sumber: student qr
Sumber: student qr

Dengan adanya lencana QR ini, pelajar sudah tidak perlu risau akan kehilangan kad malah rekod mereka sentiasa mudah dipantau oleh ibu bapa. Selain itu, para ibu bapa juga bakal menerima notifikasi secara langsung bagi setiap kali aktiviti ataupun kehadiran sekolah yang disertai oleh anak-anak mereka.

Selain berdefinisi tinggi, rekaan lencana QR juga sangat menarik dan berkos rendah yang mana berharga RM20 sahaja untuk enam keping. Malah, para pelajar juga dilihat lebih berdisplin dan bermotivasi tinggi untuk menyertai sesi pembelajaran mahupun acara yang diadakan di sekolah.

Menariknya, lencana QR ini sedia menerima jumlah tempahan yang tinggi daripada dalam negara mahu pun di luar negara sejak dilancarkan Februari lalu. Jika ada sekolah yang berminat dengan lencana QR ini, boleh lawati laman rasmi studenqr untuk membuat tempahan.

Sebelum ini, kerajaan juga sudah melancarkan sebuah laman semakan kadar vaksinasi sekolah di Malaysia agar ibu bapa lebih yakin untuk hantar anak ke sekolah

Laman COVIDNOW Tawarkan Fungsi Semakan Kadar Vaksinasi Sekolah Di Malaysia

Sijil Vaksin MySejahtera Dilindungi Teknologi ‘Blockchain’ Untuk Elak Isu Pemalsuan

Sumber
Exit mobile version