Pernah Menjadi Fenomena, NFT ‘Coffin Dance’ Berjaya Dijual Dengan Harga Mencecah RM4.47 Juta

Sekiranya anda masih ingat sekitar beberapa tahun sebelum ini, tular sebuah video ringkas yang seterusnya menjadi meme melihatkan kumpulan lelaki yang mengusung keranda sambil menari.

Video ringkas tersebut bersama lagunya yang rancak sekaligus membuatkan kumpulan Nana Otafrija Pallbearing & Waiting Services dari Ghana ini berjaya menjadi buah mulut serta mencetus fenomena di kalangan netizen.

Terbaharu, seiring dengan perkembangan dunia yang menjurus ke arah NFT, meme Coffin Dance ini turut sedia ditawarkan dalam bentuk NFT. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah NFT meme ini berjaya terjual dengan harga mencecah 327ETH (~RM4.47 juta).

Untuk pengetahuan, pembida bagi NFT ‘Coffin Dance’ iaitu 3F Music merupakan syarikat yang turut mendapatkan NFT Charlie Bit My Finger yang merupakan salah satu video popular di YouTube bernilai RM3.2 juta.

Pembelian NFT sering kali menjadi perdebatan orang ramai, namun buat mereka yang menghargai seni atau mahu mendapatkannya sebagai instrumen pelaburan, mungkin mendapatkan NFT antara yang boleh dijadikan pilihan.

Sebuah lagi projek NFT tempatan telah dilancarkan baru-baru ini iaitu STFU yang memfokuskan kepada penawaran utiliti penginapan resort di Langkawi.

STFU, Projek NFT Tempatan Yang Menawarkan Utiliti Penginapan Resort Di Langkawi

Festival NFT Bakal Dilangsungkan Buat Julung Kalinya Di Kuala Lumpur Pada Jun 2022 Ini

Exit mobile version