Pernah Tertanggal Sewaktu Menunggang Motosikal, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Apple Watch

Memiliki sebuah Apple Watch sememangnya sangat membantu terutamanya untuk meningkatkan produktiviti seharian. Akan tetapi, sebahagian pengguna mungkin pernah alami pengalaman kehilangan Apple Watch ekoran kecuaian tidak sengaja dan seumpamanya.

Menerusi perkongsian seorang pemilik Apple Watch yang bernama Amirul Shahrizat di Apple User Group Malaysia, beliau telah menceritakan pengalaman kehilangan Apple Watch Series 7 GPS beliau tindakan yang dilakukan beliau. Walaupun Apple Watch memiliki fungsi penjejakan padanya, namun ia tidak semudah seperti yang disangka.

Sumber Gambar: Phone arena

Untuk makluman semua, insiden kehilangan Apple Watch ini sudah berlaku sejak minggu lalu lagi. Terdapat beberapa lokasi yang ditunjukkan termasuklah lokasi kehilangan namun ia masih tidak membantu untuk mengesan lokasi sebenar jam tersebut sehingga ke hari ini.

Berdasarkan rumusan yang boleh dibuat oleh beliau di dalam insiden ini, pihak polis sangat membantu dari segi membuat laporan untuk tuntutan waranti jam tersebut. Bagaimanapun, waranti pula tidak boleh membantu untuk mengembalikan jam anda melainkan jika anda ada mengambil insuran lost and thief  yang mana dapat membantu.

Sumber Gambar: Business insider

Sementara pihak pengedar sah seperti Switch atau Machines tidak boleh berbuat apa-apa dalam mendapatkan semula jam tersebut dan hanya memberi nasihat tindakan lanjutan seperti mengaktifkan ciri lost mode. Cadangan yang sama juga diterima daripada pihak Apple Support sendiri.

Untuk ciri Last Location, ia masih tidak membantu sama sekali ekoran GPS jam tersebut menjejaki beberapa lokasi yang dikunjungi oleh beliau sekaligus menyukarkan penjejakan lokasi. Selain itu, ciri Lost mode turut tidak dapat membantu melainkan terdapat pihak ketiga menjumpai dan mengembalikan jam itu.

Sumber Gambar: Facebook Amirul Sharizat

Malah, beliau juga menyatakan fungsi Erase atau remove device sama sekali sangat tidak membantu kerana ia hanya memadam jam tersebut daripada senarai peranti yang digunakan sekaligus tidak boleh dijejaki lagi. Di samping itu, ciri penjejak GPS juga tidak membantu kerana memaparkan jam tersebut mengikuti beliau ke beberapa lokasi walaupun tidak memakainya.

Bercakap mengenai strap, beliau memberi peringatan untuk tidak menggunakan jenis magnetic agar dapat menggelakkan daripada berlaku insiden yang dialami. Difahamkan Apple Watch yang dipakai sebelum ini pernah tertanggal secara tiba-tiba sewaktu menunggang motosikal walhal tiada hujan atau angin kuat ketika itu.

Konklusinya, beliau menegaskan peranti yang mahal sekalipun tidak dapat menjamin ia akan dapat dikembalikan dengan mudah. Ditambah pula jam tersebut tidak mempunyai sambungan akses internet di sesuatu lokasi atau kehabisan bateri yang sekaligus bakal menyukarkan lagi untuk membuat penjejakan.

Selain itu, anda boleh baca lebih lanjut bagaimana Apple Watch menyelamat nyawa seseorang dengan klik pautan di bawah.

Alami Masalah Jantung, Apple Watch Sekali Lagi Jadi ‘Penyelamat’ Buat Lelaki Berusia 34 Tahun Ini

Alami Penyakit Tiriod Yang ‘Rare’, Apple Watch Berjaya Jadi Penyelamat Kepada Nyawa Wanita Ini

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Sumber
Exit mobile version