Telekom Malaysia sudah menawarkan pelan internet bulanan berkelajuan tinggi buat pengguna tempatan sejak sekian lama. Menerusinya, para pengguna perlu membuat pembayaran bil internet tersebut pada 28 hari bulan pada setiap bulan.
Bagaimanapun, perkara ini sudah berubah selepas Telekom Malaysia mengumumkan bahawa mereka bakal menyelaraskan kembali tarikh bil untuk para pelanggan unifi. Sekiranya sebelum ini tarikh bil anda sudah ditetapkan pada 28 untuk setiap bulan, bermula bil akan datang tarikh tersebut akan ditukar ke 22 hari bulan.
Ekoran oleh perubahan tarikh tersebut, jumlah bil pada bulan hadapan akan berubah sedikit berbanding kebiasaannya disebabkan penyelarasan semula tarikh.
Bagi pengguna pengguna unifi, anda perlu mengambil tahu akan perubahan tarikh pembayaran bil yang berlaku pada bulan hadapan supaya tidak terkejut pula apabila menerimanya kelak.
Baru-baru ini, TM juga sudah memberi jaminan bakal baiki sambungan unifi sebaik menerima laporan atau anda terima rebat RM50.
TM Beri Jaminan Baiki Sambungan Unifi Dalam Masa 24 Jam Atau Anda Terima Rebat RM50
TM Sedia Gantikan Peralatan unifi Yang Rosak Ekoran Banjir Secara Percuma