Internet sudah menjadi salah satu perkara penting dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi sejak penularan wabak Covid-19. Kini orang ramai sudah melakukan urusan pekerjaan dan pembelajaran secara atas talian. Telekom selaku syarikat penyedia internet Unifi menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi.

Sejajar dengan itu, Telekom Malaysia sudah mengumumkan janji baharu dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dari segi keupayaan sokongan pelanggan dan penambahbaikan rangkaian. Menurut TM, mereka berjanji akan membaik pulih perkhidmatan Unifi yang terganggu dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan dikemukan pengguna.

Sumber Gambar: Unifi

Sekiranya gagal menyelesaikan masalah yang diadukan dalam tempoh 24 jam, TM bakal memberikan pampasan rebat sebanyak RM50 kepada pelanggan berkenaan yang boleh dituntut menerusi aplikasi myUnifi dalam tempoh 30 hari.

Difahamkan setakat ini, komitmen ini hanya melibatkan ketiadaan perkhidmatan (downtime) dan juga masalah sambungan. Namun, TM telah menyasarkan penawaran meliputi masalah berkaitan prestasi seperti rangkaian dan sebagainya pada masa akan datang.

Jaminan baik pulih perkhidmatan dalam tempoh 24 jam ini akan mula efektif pada 30 November dan tertakluk kepada pelanggan pakej 100Mbps dan ke atas sahaja. Di samping itu, TM mengatakan pelanggan yang tertakluk dibawah perkhidmatan baharu ini akan menerima notifikasi menerusi SMS dan aplikasi myUnifi.

Sementara itu, kerajaan juga sudah menyasarkan penawaran harga perkhidmatan 5G lebih murah berbanding 4G pada masa kelak.

Kerajaan Sasar Tawarkan Harga Perkhidmatan 5G Lebih Murah Berbanding 4G

Sarawak Bakal Muncul Antara Negeri Terawal Tawarkan Rangkaian 5G Seawal Tahun 2022

Sumber