Nampaknya para pelajar yang memohon PerantiSiswa terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan tablet tersebut. Menurut TS Annuar Musa, kini mengatakan pengenalan dan pengedaran tablet percuma dibawah inisiatif PerantiSiswa bakal ditangguhkan buat sedikit waktu.
Pada peringkat awalnya, pengedaran tablet percuma ini disasarkan sekitar pertengahan Jun 2022. Namun selepas pengumuman penangguhan terbaru ini, kini pengedaran tablet telah dijadualkan semula sekitar pertengahan Julai 2022 kelak.
Difahamkan penangguhan ini berlaku disebabkan oleh tender awal yang dibatalkan oleh Kementerian Kewangan. Oleh itu, tender baharu telah pun dikeluarkan dan beberapa firma telah disenarai pendek. Keputusan akhir dijangka akan dimuktamadkan oleh Kementarian Kewangan juga.
Program PerantiSiswa ini bakal memberi manfaat kepada lebih 400,000 pelajar yang mana boleh menggunakan tablet tersebut bagi tujuan pembelajaran dan kemudian perlu dipulangkan semula. Dengan berkonsepkan pinjaman, program ini diharapkan dapat berterusan untuk tahun-tahun berikutnya.
Tular baru-baru ini mengenai MDEC yang menafikan tawaran peluang perkejaan menerusi SMS.