Pada saban hari NFT telah berjaya menjadi tajuk utama di seluruh dunia dengan kutipan penjualan yang tinggi menerusinya. Para artis berpeluan tokenkan hasil karya NFT miliknya untuk dijual kepada mereka yang berminat untuk memilikinya secara sah.
Ciapan yang dibuat oleh akaun @ab0ogee telah menerangkan beberapa sebab mengapa beliau sanggup membelanjakan sebanyak $12,000 (~RM50,766) bagi sebuah hasil karya NFT yang dijual oleh @suennajoe.
Why I bought this NFT for $12,000
A thread pic.twitter.com/YWZI2N4OSv
— aboogee ( 🙈, 🍔, 🦖 ) (@ab0ogee) December 12, 2021
Menurut beliau, sesebuah hasil karya sukar untuk dihargai oleh seseorang sehinggalah mereka sendiri menghargai artis tersebut. Dalam erti kata lain, setiap hasil karya mempunyai keunikan tersendiri yang mampu membuatkan seseorang boleh menarik minat terhadapnya dan sekaligus sanggup membelanjakan wang yang besar untuk memiliki karya tersebut. Bahkan, beliau sendiri tertarik dengan sebuah hasil karya berjudul Rusuk Emas kerana kisah disebaliknya yang menarik.
NFT yang dibeli itu merupakan hasil karya pertama artis tersebut yang dibuat pada pada kanvas di mana ia menjadi titik tolak permulaan pengkarya tersebut dalam bidang seni secara profesional. Kemudian, artis tersebut telah tokenkan hasil karyanya kepada NFT di mana pembelinya bakal menerima kanvas asal apabila sudah dibeli.
2/ She then minted it into an NFT (the buyer of the NFT receives the canvas) , which shows she’s evolving in both worlds; physical & digital
It’s a story of her life & the evolution of her art
— aboogee ( 🙈, 🍔, 🦖 ) (@ab0ogee) December 12, 2021
Perkara ini menunjukkan artis berkenaan telah berkembang dalam kedua-dua dunia iaitu fizikal dan digital. Ini menjadi sebahagian kisah hidupnya dan evolusi seninya berubah mengikut peredaran masa. Artis ini telah berkongsi cerita tentang hasil karya pertamanya dan membawakan tema hubungan antara suami isteri bertajuk Rusuk Emas.
Beliau menegaskan bahawa sebahagian besar daripada kejayaannya dalam hidup adalah sokongan dari isteri dan hasil karya ini membawakan mesej yang sinonim dalam hidup beliau.
4/ The most important part for me was observing how she promotes, brings awareness, encourages all the artists in the space
A large no. of my purchases came from her retweet of other artist work
That kindness is priceless. She’s trying to get everyone to win. That’s brilliant
— aboogee ( 🙈, 🍔, 🦖 ) (@ab0ogee) December 12, 2021
Yang paling utama sekali bagi beliau adalah dengan meneliti bagaimana artis tersebut mempromosi, memberi kesedaran dan menggalakkan semua artis turut berkarya di dalam arena NFT. Sebahagian besar NFT yang dibeli olehnya adalah hasil ciapan artis-artis kecil lain yang berkongsi di platform media sosial.
Hal ini membuatkan beliau sangat tertarik dengan kebaikan artis tersebut kerana mendorong semua artis untuk turut berjaya di dalam arena NFT. Tambahan pula, beliau sendiri merasakan harga yang ditawarkan adalah berpatutan tetapi nilai yang diterima adalah lebih banyak lagi.
5/ To me; the art is priced adequately, but the value I receive is multiple more
The artist will grow even more prominent as the space grows, and then my $12,000 purchase will indeed look like a bargain
My acquisition is also a bet on the artist. She will succeed 💪🏻
— aboogee ( 🙈, 🍔, 🦖 ) (@ab0ogee) December 12, 2021
Pengkarya tersebut juga sudah pasti akan lebih menonjol apabila arena NFT berkembang dan pembelian tersebut dilihat hanyalah jumlah yang kecil sahaja pada masa kelak. Menerusi pembelian itu, ia merupakan sebagai satu taruhan yang beliau yakin terhadap artis ini akan berjaya pada masa kelak.
Akan tetapi, tidak dapat disangkal juga terdapat beberapa netizen yang memandang negatif terhadap pembelian beliau karya NFT Rusuk Emas itu. Bagi beliau, ini merupakan perkara biasa yang akan berlaku sekiranya anda melakukan perkara di luar norma atau masih baharu di dalam dunia.
Kelihatan NFT masih menerima pandangan negatif dari sesetengah individu sementara yang lain sudah mula menerima sebagai satu revolusi seni yang boleh menyokong para artis untuk menjual hasil karyanya.
Tahukah anda karya Rusuk Emas ini telah berjaya mengutip jualan tertinggi dalam sejarah di platform Pentas baru-baru ini?
Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Rusuk Emas’ Terjual Dengan Harga RM52,044
6 Anak Seni Tempatan Yang Berjaya Menjana Sehingga 6 Angka Menerusi Penjualan Karya NFT