Pada tahun lalu Shell sedia menguji ciri pembayaran minyak TnG RFID secara cashless di lima stesen minyak terpilih. Menerusinya, para pengguna hanya perlu memasuki ke lorong khas dan boleh terus mengisi minyak tanpa perlu pergi ke kaunter lagi tetapi terhad kepada mereka yang berdaftar sahaja.
Akhirnya, kini semua para pengguna RFID sudah boleh gunakan sistem pembayaran ini secara rasmi di lima lokasi yang sama. Lima stesen minyak Shell yang mana menyokong sistem pembayaran TnG RFID ini boleh digunakan pada hari ini adalah seperti senarai di bawah:-
- Shell Mint Hotel
- Shell NKVE Damansara
- Shell Taman Tun Dr Ismail
- Shell Bandar Sri Manjalara
- Shell Taman Connaught
Untuk makluman, pengguna hanya perlu aktifkan ciri pembayaran pam minyak pada aplikasi Touch n’ GO eWallet. Pam yang menyokong sistem RFID akan mengesan kenderaan dan kemudian pengguna perlu memilih jumlah minyak yang ingin dibeli. Sekiranya kuantiti minyak yang dipam adalah lebih dari yang dibayar, baki akan dikreditkan semula ke pengguna.
Jadi, pengguna TnG bolehlah aktifkan ciri ini pada aplikasi TnG eWallet untuk menikmati pembayaran secara cashless di stesen minyak Shell terpilih. Malah, anda juga berpeluang menerima Bonuslink points bagi setiap pengisian menerusinya.
Selain itu, TNB juga dikatakan sedang rancang mahu membuka stesen pengecas kenderaan menjelang tahun 2023 bersama panel solar pada tempat pamnya.
TNB Rancang Mahu Buka Stesen Pengecas Kenderaan Menjelang Tahun 2023 Kelak
Shell Recharge HPC Pertama Malaysia Secara Rasmi Dibuka Di Tangkak, Johor
https://www.thevocket.com/plus-dan-tnb-berkerjasama-dalam-membangunkan-kemudahan-pengecas-kenderaan-elektrik-di-lebuhraya/