PDRM Dedah Nilai Kecurian Elektrik Bagi Melombong Kripto Melonjak 45 Kali Ganda Sepanjang 2021

Memang tidak dinafikan kegiatan melombong kripto mampu menjana pendapatan pasif dengan mudah. Akan tetapi, penggunaan elektrik yang tinggi secara berterusan membuatkan ramai yang mahu mendapatkan keuntungan yang lebih dengan mencuri elektrik yang kini menjadi krisis di seluruh dunia.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia telah mendedahkan tentang peningkatan drastik kegiatan perlombongan haram Bitcoin sepanjang tahun 2021 lalu. Pihak PDRM dan Tenaga Nasional Berhad baru-baru ini berjaya mematahkan operasi perlombongan kripto dengan mencuri elektrik bernilai RM54 juta.

Sumber Gambar:FMT

Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai kecurian elektrik sebanyak 45 kali ganda berbanding sepanjang tahun sebelumnya, 2020 yang hanya direkodkan sekitar RM1.2 juta sahaja. Rekod ini didedahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Jenayah Siasatan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Difahamkan sebanyak  570 kertas siasatan yang telah dibuka dalam sepanjang tahun 2021 berbanding hanya 20 kertas siasatan tahun lalu yang merupakan peningkatan lebih 28 kali ganda. Antara negeri-negeri yang menjadi pilihan utama oleh sindiket perlombongan haram adalah Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Sumber Gambar: UAV Coach

Negeri terpilih ini memang diminati para pelombong kripto untuk menjalankan kegiatan pencurian elektrik kerana terdapat banyak kawasan industri. Dalam menangani masalah tersebut, pihak TNB kini menggunakan dron untuk mengesan haba berlebihan yang berada di udara kawasan premis tertentu yang disyaki menggunakan tenaga yang tinggi tetapi bacaan meter yang rendah.

Malahan, dilaporkan sebelum ini kes kecurian elektrik untuk melombong bitcoin telah menyebabkan kerugian RM2.4 bilion sejak tahun 2018 sehinggalah 2021.

Kes Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin Meningkat 400%, Akibatkan Kerugian RM2.4 Bilion

Angkara Giat Melombong Kripto, Kazakhstan Sedia Mencatu Bekalan Elektrik Pelombong Berlesen

Sumber
Exit mobile version