Pada bulan lalu, negara China telah mengharamkan sebarang perlombongan kripto serta penggunaan kriptowang kerana telah menggangu sistem kawalan kewangan ekonomi dan juga menyumbang kepada aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram. Oleh itu, para pelombong kriptowang China telah beralih ke negara Kazakhstan pula.

Hal ini sekaligus menyumbang kepada masalah bekalan elektrik yang tidak mencukupi untuk kegunaan harian. Walaupun Kazakhstan mempunyai tiga grid elektrik negara untuk menampung keperluan pengguna tetapi dengan penambahan jumlah besar pelombong kripto terutamanya dari China telah mendorong kepada masalah bekalan elektrik terputus.

Sumber Gambar: Quartz

Keperluan elektrik yang lebih tinggi pada musim sejuk kali ini telah mendesak kerajaan Kazakhstan mencatu bekalan elektrik terhadap pelombong kripto yang berlesen. Sebanyak 87,849 mesin pelombong dari China yang dilaporkan memasuki Kazakhstan sekaligus meningkatkan keperluan bekalan elektrik sebanyak 8% berbanding sebelum ini.

Para pemilik lombong kripto sangat terkesan dengan pencatuan ini bukan hanya tidak boleh beroperasi di dalam kapasiti sepenuhnya, bahkan mereka pula dikenakan cukai oleh kerajaan untuk mendapatkan bekalan elektrik berkenaan. Masalah ini mungkin berlarutan dalam tempoh panjang disebabkan ramai yang menceburi bidang kripto.

Sementara itu, kriptowang Shiba Inu berjaya mencipta rekod baharu dengan mengumpul seramai 1 juta pemegang yang sekaligus merancakkan dunia kripto.

Kriptowang Shiba Inu Berjaya Cipta Rekod Dengan Mengumpul Seramai 1 Juta Pemegang

Platform Dagangan Kriptowang Korea Selatan, Korbit Bakal Senaraikan Shiba Inu

 

Sumber