Selain teknologi robot, para cendiakawan sangat aktif dalam menerokai arena Augmented Reality (AR) atau dikenali sebagai teknologi realiti terimbuh. Hal ini terdapat pelbagai fungsi berguna yang boleh dimanfaatkan menerusinya.

Terbaharu, pakar bedah ortopedik dilaporkan sudah mulai menggunakan alat baharu untuk penggantian lutut iaitu teknologi realiti terimbuh. Dengan teknologi AR, pakar bedah boleh melihat data menerusi cermin mata pintar khas atau visor berasaskan topi keledar sambil mengekalkan pandangan pembedahan.

Sumber Gambar: The Wall Street Journal

Dalam prosedur penggantian lutut menggunakan AR, pakar bedah akan mengambil imbasan lutut tomografi komputer pesakit dan memuatkannya ke dalam platform berasaskan awan seperti NextAR, Medacta yang mencipta model lutut 3D.

Model 3D ini pula digunakan untuk perancangan praoperasi seperti menentukan berapa banyak tulang dan tulang rawan yang rosak untuk dikeluarkan dan menentukan penempatan optimum untuk implan berdasarkan anatomi khusus setiap pesakit.

Sumber Gambar: Youtube

Dengan maklumat yang dikumpulkan dapat membantu pakar bedah untuk menentukan cara terbaik untuk mengeluarkan jumlah tulang yang betul, sudut yang tepat untuk kesesuiaan dan penjajaran terbaik. Malah, pakar bedah boleh menggunakan navigasi dan kekal fokus pada pesakit dan tidak perlu mengalih pandangan sewaktu pembedahan berlaku.

Pembedahan penggantian lutut ini juga boleh dilakukan dengan lebih cekap dan tepat. Hal ini sekaligus boleh memastikan setiap pembedahan akan berjalan dengan lancar malah boleh menjimatkan kos operasi kerana tiada lagi kesalahan berlaku seperti sebelum ini.

Pada Februari lalu, kerajaan Turki telah mengeluarkan fatwa mengenai hukum kunjungi Kaabah dalam dunia untuk menunaikain ibadah Haji.

Kerajaan Turki Umum Hukum Kunjungi Kaabah Dalam Dunia Meta Bagi Menunaikan Haji

Mahu Tingkatkan Pengeluaran Susu, Petani Di Turki Ini Pakaikan Set Kepala VR Pada Lembu