OnlyFans merupakan sebuah platform khusus buat pencipta konten menerima bayaran atau derma daripada peminat menerusi konten esklusif berasaskan video dan gambar yang ditawarkan. Sebelum ini, tiada sebarang sekatan konten bagi konten yang dimuat naik oleh pencipta konten.

Terbaharu, pihak OnlyFans mengumumkan pengharaman sebarang konten yang mengandungi unsur lucah yang tidak bersesuaian kepada pengguna platform tersebut bermula 1 Oktober ini. Hal ini berlaku disebabkan oleh permintaan pihak perbankan serta penyedia platform pembayaran dalam talian pada platform ini.

Buat masa ini, OnlyFans masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berkenaan polisi terbaru ini dan maklumat yang lebih terperinci bakal dikongsikan pada masa kelak. Namun, sebahagian konten “sensitif” masih dibenarkan selagi mengikut polisi pengguna yang ditetapkan.

Ditambah pula, OnlyFans juga dilihat cuba mengelak daripada berkait dengan unsur lucah sejak kebelakangan ini. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan sebuah aplikasi penstriman OTV terbaru yang bakal menyajikan kandungan konten kehidupan termasuk kesihatan, masakan, komedi dan musik.

Platform Tumblr juga mengambil langkah yang sama dalam membendung konten lucah yang dimuat naik pada platform mereka pada beberapa tahun yang lepas.

Pengguna Tumblr Berkurangan Sehingga 150 Juta Selepas Konten Lucah Disekat

Usia Seawal 13 Tahun Sudah Pandai ‘Sexting’, Aplikasi Litmatch Perlu Dipantau Ibu Bapa

Sumber