Telefon Nothing Phone (1) baru sahaja dilancarkan secara di pasaran Malaysia. Telefon pintar ini berjaya mencetus fenomena oleh kerana rekaan dan beberapa ciri penting baharu yang ingin dibawakan di dalam arena telefon oleh Carl Pei selaku pengasasnya.

Untuk spesifikasinya, Nothing Phone (1) muncul sebagai peranti kelas pertengahan premium di mana hadir dengan skrin OLED berukuran 6.55-inci 120Hz. Cip yang disertakan pula Snapdragon 778G+ dengan pilihan memori mencecah 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Sumber Gambar: Youtube

Dari segi fotografi, peranti ini dimuatkan dengan dwi-kamera 50MP yang mampu merakam video pada resolusi 4K 30fps. Kamera swafoto pula hadir sebesar 16MP pada bahagian hadapan dengan rekaan punch hole. Menariknya, peranti ini mempunyai sistem lampu LED unik yang digelar sebagai glyph.

Harga jualan Nothing Phone (1) di Malaysia adalah RM2,399 untuk versi 8/256GB dan spesifikasi tertinggi iaitu 12/256GB ditawarkan pada harga RM2,699. Pilihan warna yang ditawarkan di pasaran tempatan termasuklah hitam dan putih.

Sumber Gambar: Nothing Malaysia

Selaras dengan pelancaran Nothing di Malaysia, mereka telah mengesahkan bahawa peranti ini boleh dibeli oleh orang ramai bermula 1 Ogos kelak. Buat anda yang berminat, boleh menyemak di laman rasmi Nothing Malaysia untuk melihat penawaran yang diberikan serta lokasi jualan.

Sementara pada 21 Julai ini, Nothing akan membuka pop up store di Starhill, Bukit Bintang untuk pra-tempahan peranti ini. Dalam pada itu, Nothing turut menjual pelindung skrin, kerangka pelindung dengan pengeca 45W pada harga bermula RM49. Pada 1 Ogos kelak, anda boleh mulai membeli peranti ini di platform e-dagang dan kedai terkemuka terpilih.

Baru-baru ini juga Dbrand telah membuat kejutan dengan melancarkan aksesori eksklusif yang dinamakan Something untuk beberapa model flagship terpilih.

Dbrand Lancarkan Something, Stiker Eksklusif Seakan Telefon Nothing Dengan Harga RM111

Apple Yakin Siri iPhone 14 Akan Lebih Laku Keras Berbanding Siri iPhone 13

Sumber