Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Nothing baru sahaja melancarkan telefon pintar pertama mereka yang dinamakan sebagai Nothing Phone (1) secara rasminya. Selaras dengan pelancaran ini, ia telah pun disahkan akan memasuki pasaran yang mana mempunyai halaman pra-tempahan khas untuk peminat tempatan.

Berdasarkan maklumat yang sudah dikongsikan pada halaman tersebut, terdapat tiga model telefon Nothing Phone (1) yang sedia ditawarkan. Model yang paling asas hadir dengan memori 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB bermula harga RM2,399.

Sumber Gambar: Nothing

Sementara model yang lebih berkuasa hadir dengan 12GB RAM dengan storan dalaman 256GB akan ditawarkan pada harga RM2,699. Harga jualan untuk variasi model 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB tidak disenaraikan kerana berkemungkinan tidak ditawarkan langsung. Anda boleh dapatkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dari spesifikasi pula, Nothing Phone (1) hadir dengan cip Snapdragon 778G+ serta skrin 6.55-inci 120Hz OLED. Untuk fotografi, model ini menampilkan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP. Paling menarik sekali sudah pastinya pada bahagian belakang yang menampilkan lampu LED yang boleh diubah suai menerusi tetapan pada peranti berkenaan.

Dengan harga yang serba mampu milik, pasti ramai yang berminat untuk mendapatkannya ditambah pula dengan hype yang cukup memberasangkan di internet. Anda yang berminat bolehleh membuat pra-tempahan bermula 18 Julai kelak.

Jika anda berminat dengan produk Nothing, bolehlah menonton review dari kami berkaitan fon telinga Nothing ear (1) menerusi pautan di bawah.

Adakah Hype Nothing ear (1) Setanding Dengan Kualitinya?

Nothing Phone (1) Bakal Dilelong Sebanyak 100 Unit Menerusi StockX