Sejak mulai diumumkan mengenai jenama Nothing, orang ramai khususnya peminat teknologi sudah mulai tidak sabar menantikan produk yang dihasilkan oleh jenama ini. Semuanya kerana model ini diasaskan oleh bekas pengasas bersama OnePlus iaitu Carl Pei.

Terbaharu, model yang dinantikan ramai iaitu Nothing ear (1) selaku TWS pertama daripada jenama ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sumber: what hi-fi

Tidak hanya kerana jenama, model ini berjaya menarik perhatian ramai menerusi rekaannya yang unik di mana para pengguna berpeluang melihat komponen dalam model ini. Bukan itu sahaja, model ini turut mendapat sokongan daripada Teenage Engineering.

Model ini hadir hadir dengan fungsi noise cancelling, mod tembus bunyi serta sokongan Google Fast Pair. Dari segi ketahanan bateri, model ini mampu bertahan selama 24 jam jika diaktifkan ANC manakala sekiranya mod ANC tidak diaktif mampu bertahan sehingga 30 jam. Para pengguna juga turut berpeluang mengecas model ini secara wireless pada telefon pintar yang menyokongnya.

Sumber: know your mobile

Nothing ear (1) sedia ditawarkan di Malaysia pada harga RM499 bermula 17 Oktober ini. Sebuah harga yang berbaloi menerusi rekaan dan fungsi yang ditawarkan. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan model penuh hype ini, anda boleh tonton dahulu review penuh VOCKET mengenai model Nothing ear (1).

Ketahui juga bagaimana untuk menyemak perbelanjaan sepanjang menggunakan Shopee menerusi perkongsian lelaki ini.

Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Jumlah Perbelanjaan Sepanjang Menggunakan Shopee

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Melombong Bitcoin Dijalankan Dalam Mendapatkan Ganjaran