Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa, pastinya anda cukup tahu dengan jenama Nothing yang tampil dengan gaya yang penuh hype. Berjaya melancarkan model Nothing Phone (1) dan Nothing Ear (1) membuatkan jenama ini semakin menjadi pilihan.

Baca Juga:

Terbaharu, jenama ini dilaporkan bakal sekali lagi memperkenalkan model terbaru mereka iaitu sebuah TWS iaitu Nothing Ear (stick). Menariknya pada kali ini, model yang diperkenalkan pada kali ini hadir dengan pod simpanan beserta pengecas. Rekaan yang unik sekali lagi menjadi tarikan pada model kali ini.

Mengekalkan DNA yang sama, pod simpanan model ini turut hadir dengan bahan lutsinar seperti model-model sebelumnya. Dari earbuds yang ditawarkan, berkemungkinan besar model ini mengekalkan rekaan yang sama seperti Nothing Ear (1).

Setakat ini, masih belum terdapat tarikh bilakah Nothing Ear (stick) bakal dilancarkan secara rasmi. Dalam pada itu, difahamkan model ini sudah melepasi laman SIRIM sejak awal bulan ini sekaligus menjadi tanda bakal dilancarkan tidak lama sahaja lagi.