Nothing Phone (1) kini sudah mulai hangat dibualkan oleh pengguna internet oleh kerana bakal menjadi pesaing baru di dalam pasaran hari ini. Jenama ini didokong oleh Carl Pei yang mana berjaya membawa jenama OnePlus ke tahap yang membanggakan sebelum ini.

Nothing bakal melancarkan telefon pintar pertama mereka pada 12 Julai kelak yang mana sudahpun diperlihatkan beberapa gambar acah menerusinya. Dengan menampilkan rekaan yang premium serta unik, mereka telah berjaya mencuri perhatian ramai untuk mencuba telefon pintar mereka.

Sumber Gambar: StockX

Malah pada 21 Jun sehingga 23 Jun kelak, Nothing akan melelong 100 peranti pertama mereka menerusi StockX. Nothing Phone 1 edisi terhad ini akan hadir dengan ukiran khas Edition (1/100) sehinggalah nombor yang terakhir. Sementara penghantaran peranti ini akan memakan masa sehingga 35 hari lamanya.

Dalam pada itu, kita boleh menjangkakan yang jualan rasmi kepada umum mungkin akan berlaku sekitar hujung Julai atau Ogos kelak. Difahamkan juga pelanggan dari Mexico dan Korea Selatan tidak boleh menyertai sesi lelongan Nothing Phone (1) tersebut.

nothing phone 1
Sumber Gambar: Twitter

Setakat ini, kita masih belum dikongsikan berkaitan spesifikasi penuh untuk peranti tersebut. Antara informasi awal yang disediakan adalah peranti ini akan menjalankan sistem operasi Nothing OS berasaskan Android 12 dan mungkin disertakan pengecasan 45W. Cip pula mungkin menggunakan Snapdragon 778G atau Snapdragon 8 Gen 1.

Penawaran harga untuk Nothing Phone (1) dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM2,000 sehingga RM3,000. Sama-sama kita nantikan pelancaran telefon pintar keluaran Nothing buat julung kalinya pada bulan Jun kelak.

 Untuk anda yang mahu mengetahui lebih dekat dengan fon telinga keluaran Nothing sebelum ini, bolehlah klik pautan di bawah.

Adakah Hype Nothing ear (1) Setanding Dengan Kualitinya?

adidas Lancarkan 3 Fon Telinga TWS Penuh Gaya Dengan Harga Bermula Daripada RM415