MBPJ Sedia Guna Sistem Kawalan Pengujung Dalam Mengawal Kemasukan Di Bazar Ramadan

Pada hari ini, ramai orang boleh bergerak dengan mudah ke mana sahaja dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan. Antara lokasi yang wajib dikunjungi pada bulan ini sudah semestinya bazar Ramadan untuk mendapatkan pelbagai juadah menarik untuk berbuka puasa.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @FareezAzman yang memperlihatkan sebuah sistem kawalan pengunjung atau dikenali sebagai Crowd Controlled System (CCS) yang mana digunakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengawal kemasukan pengunjung di bazar ramadhan.

Sistem CSS ini buat pertama kalinya digunakan di kedua bazar Ramadan terpilih iaitu Kelana Jaya dan Kota Damansara sahaja. Sistem ini berfungsi dengan adanya kamera pengesan untuk mengawal bilangan kemasukan pengunjung. Dilengkapi kamera dan paparan skrin di pintu masuk yang bakal merekodkan setiap aktiviti keluar masuk pengunjung.

Difahamkan hanya 300 pengunjung dibenarkan berada di kawasan bazar dalam satu masa. Sekiranya didapati melebih had, sistem akan mengeluarkan bunyi amaran dan pengunjung dihentikan seketika daripada masuk ke kawasan tersebut.

Usaha ini dilihat sangatlah baik kerana dapat memastikan keselamatan para pengunjung dan penjaja terjamin daripada penularan wabak COVID-19 serta boleh mengikuti SOP dengan mudah ekoran jumlah pengunjung yang terhad dalam satu masa. Malah, ramai yang berharap agar sistem canggih ini boleh diperluaskan lagi ke lebih banyak kawasan bazar Ramadan.

Selain itu, sistem amaran banjir di Selangor bakal diperkenalkan menjelang penghujung Mac ini bagi memastikan setiap orang dapat bersiap sedia lebih awal ke kawasan lebih selamat.

Sistem Amaran Banjir Di Selangor Bakal Ditawarkan Menjelang Penghujung Mac Ini

Mampu Kesan Banjir Lebih Awal, Kerajaan Bakal Perluaskan Sistem Amaran Ke Seluruh Negara

Sumber
Exit mobile version