Apple dilaporkan telah merekodkan jumlah jualan peranti iPhone sebanyak $39 billion pada suku kedua tahun ini dengan jumlah peningkatan jualan sebanyak 50% berbanding tahun sebelum ini.

Jangkaan Apple untuk menerima peningkatan jumlah jualan pada tahun ini memandangkan pengenalan peranti iPhone, Macbook, iPad yang dilengkapi ciri dan teknologi yang baru boleh menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya.

vocket-tech-news-apple-cip-1
Sumber Gambar: CNBC

Sebaliknya terjadi apabila laporan yang dibuat oleh CNBC melaporkan Tim Cook mengesahkan Apple akan menghadapi masalah bekalan cip semi konduktor seperti yang berlaku pada syarikat pengeluar peranti yang lain dan ia boleh menjejaskan jualan peranti generasi yang akan datang.

Dalam pada itu, Tim Cook menyatakan masalah cip ini tidak berkait dengan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi seperti Apple M1 ataupun A14 Bionic yang digunakan pada peranti Macbook dan iPhone terbaru. Difahamkan Apple terpaksa berebut bekalan cip yang mengawal output grafik atau audio serta rangkaian internet kerana menggunakan proses yang lama.

vocket-tech-news-apple-cip-3
Sumber Gambar: DHL

Dilaporkan, Apple telahpun membuat pesanan sejumlah 100 juta cip pemprosesan A15 Bionic untuk penyediaan siri peranti iPhone 13 terbaru yang akan dibangunkan oleh TSMC.

Namun begitu, Apple telahpun menyediakan beberapa pelan untuk mengurangkan kesan daripada penurunan jualan pada masa kelak. Nampaknya semua syarikat pengeluar peranti bakal terkesan dengan kekurangan cip pemprosesan yang melanda sekarang.

Sementara itu, terdapat desas-desus yang baru tular tentang Apple bakal memperkenalkan pengecasan pantas 25W buat iPhone pada tahun ini.

Mahu Cepatkan Pengecasan, Apple Mungkin Perkenalkan Pengecas 25W Buat iPhone Pada Tahun Ini

Apple iPhone 13 Mungkin Ditawarkan Dengan Ruang Storan Sehingga 1TB

Sumber