Jika sebelum ini Twitter sudah menjadi platform pilihan utama bagi peminat kripto di luar sana kerana terdapat beberapa ciri blockchain seperti gambar profil NFT dan pemberian tips berasaskan Ethereum yang sedia ditawarkan. Kini Mark Zuckerberg dilihat tidak mahu ketinggalan dan sedia membawakan ciri NFT pada platformnya iaitu Instagram.
Terbaharu, Mark Zuckerberg telah memaklumkan bahawa pihak mereka sedang berusaha untuk membawa NFT ke dalam Instagram dalam masa terdekat. Walaupun begitu, beliau tidak memperincikan secara lanjut ciri NFT yang ingin ditambah.
Penulis The Verge iaitu Casey Newton bagaimanapun telah berkongsi mengenai hasrat Zuckerberg yang berharap dalam beberapa bulan akan datang, para pengguna Instagram akan berupaya mentokenkan NFT baharu dengan mudah di dalam aplikasi tersebut.
Selain itu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Meta sedang mengusahakan rancangan untuk kedua-dua platform Facebook dan Instagram yang dapat memaparkan NFT yang dimiliki pada profil pengguna seperti yang terdapat pada Twitter. Setakat ini, Meta masih belum memberi respon mengenai ciri NFT yang ingin dibawakan pada Instagram.
Selain NFT, Meta sudah pun berjaya mencipta prototaip baharu yang membolehkan pengguna bina dunia tersendiri menerusi arahan suara.
Prototaip Baharu Meta Membolehkan Pengguna Bina ‘Dunia Tersendiri’ Menerusi Arahan Suara
Facebook Dan Instagram Bakal Tawarkan Platform Jual Beli NFT Selepas Ini