Mark Zuckerberg masih komited untuk membangunkan dunia metanya yang mana sebelum ini sudah pun berjaya mencipta sarung tangan haptik yang mampu merasai objek maya seperti di dunia sebenar. Malah, pelbagai ciri menarik yang sedang dibangunkan dengan giatnya oleh syarikat teknologi gergasi itu.

Menerusi acara khas yang berlangsung baru-baru ini, Mark Zuckerberg telah memperlihatkan prototaip baharu untuk menguji sistem kecerdasan buatan syarikatnya. Konsep terbaharu Meta bergerak ke arah memastikan dunia realiti boleh diselaraskan dengan lancar bersama dengan dunia maya kelak.

Sumber Gambar: Gamingsym

Prototaip yang dinamakan ‘Builder Bot’ ini adalah merupakan usaha terbaru Meta dalam menarik lebih ramai orang ke dunia meta mereka iaitu Meta’s Horizon.

Menerusi teknologi AI kreatif termaju dan pengalaman realiti maya, Zuckerberg menunjukkan kepada penonton bagaimana ia boleh membawa pengguna dengan serta-merta  ke dalam dunia maya dengan hanya arahan deskriptif  yang ringkas.

Menerusi demonstrasi tersebut, beliau telah memberi arahan mahu pergi ke laut lantas secara automatik bot tersebut mencipta landskap 3D maya pasir dan air di sekeliling pengguna. Selain itu, arahan boleh diperluaskan lebih lagi termasuk mencipta pulau serta menambah awan padanya.

Malah, bot ini turut mampu memainkan efek bunyi tertentu termasuk muzik tropika menerusi dari boombox yang terbina di dalamnya. Ditambah pula bot ini juga membolehkan pengguna menambah objek maya yang boleh bergerak dengan menggunakan sistem input suara sahaja.

Dengan adanya sistem AI serba canggih ini, ia membolehkan para pengguna meneroka dan berkongsi pengalaman di dunia ciptaan masing-masing dengan pengguna lain menerusi arahan suara sahaja. Sehubungan itu, Mark Zuckerberg mengatakan mereka bakal memberikan fokus utama kepada pembangunan AI ini untuk menjadikan ia lebih sempurna.

Tular baru-baru ini mengenai hukum sebenar mengunjugi Kaabar dalam dunia meta bagi menunaikan haji dan telah dimuktamadkan oleh kerajaan Turki.

Kerajaan Turki Umum Hukum Kunjungi Kaabah Dalam Dunia Meta Bagi Menunaikan Haji

Mahu Tingkatkan Pengeluaran Susu, Petani Di Turki Ini Pakaikan Set Kepala VR Pada Lembu