NFT yang dahulunya hanya diketahui oleh para pemain kripto sahaja, kini semua sudah berubah selepas ia boleh diakses dengan mudah menerusi pelbagai platform dagangan NFT dipercayai. Perkara ini sekaligus menarik minat pelbagai pihak yang mahu turut serta dengan menerokai dengan lebih dekat dunia NFT ini.

Terbaharu, kita bakal menyaksikan penyertaan syarikat Meta pula yang kini dilaporkan dalam persediaan sebuah ciri baharu yang akan membolehkan para pengguna mencipta, memaparkan mahupun menjual NFT pada platform Facebook dan Instagram. Hal ini telah disahkan oleh pihak Instagram sendiri yang kini sedang menfokuskan pada arena NFT.

Sumber Gambar: Nikkei Asia

Menerusi laporan Financial Times juga, dikatakan pihak Facebook turut ingin membolehkan orang ramai untuk menerbitkan sesuatu karya dan kemudiannya boleh melakukan urusan jual beli NFT melalui kedua-dua platform ini dengan mudah.

Usaha syarikat Meta ini dilihat juga berkait rapat dengan alam meta yang sedang giat dibangunkan kerana boleh jadi meraka bakal menawarkan barangan digital yang unik menerusinya. Selain itu, Meta juga mungkin mahu menyaingi platform dagangan NFT lain yang dilihat mempunyai pegangan besar di dalam arena NFT.

Sumber Gambar: The Verge

Setakat ini, masih belum diketahui lagi bilakah Meta bakal memperkenalkan sokongan paparan NFT bersama laman dagangan NFT tersendiri. Twitter juga dilaporkan sedang melakukan integrasi pada platform mereka untuk paparan NFT sebagai gambar profil.

Jika anda baru berjinak dengan NFT, bolehlah pelajari perbezaan platform dagangan NFT antara OpenSea dan Pentas yang sering menjadi pilihan utama.

Tawarkan Platform Dagangan NFT, Ketahui Perbezaan Antara OpenSea Dan Pentas

6 Platform Jual Beli NFT Terbaik Untuk Anda Cuba Pada Tahun 2021