Seperti yang ramai sedia maklum, penawaran internet sudah menjadi keperluan asas buat khususnya buat anak muda pada masa kini. Penawaran pekerjaan yang memerlukan penggunaan internet yang stabil dan pantas antara yang membuatkan penawaran internet menjadi suatu kepentingan di sesebuah kawasan.
Terbaharu, Kerajaan Kelantan mengumumkan sedia menawarkan penggunaan teknologi satelit dalam meningkatkan jaringan internet di kawasan luar bandar membabitkan 18 lokasi perkampungan Orang Asli di Gua Musang.
Menurut Menteri Besar Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob, kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian serius mengenai perkembangan teknologi dan pembangunan infrastuktur digital bagi memastikan Kelantan sentiasa seiring dalam pembangunan teknologi.
Dilaporkan syarikat telekomunikasi BiNa NET akan membantu menyalurkan atau memberi kemudahan internet kepada rakyat dalam pelbagai perkara khususnya bidang pendidikan dan aktiviti ekonomi secara atas talian.
Sehingga kini mengikut statistik, kedudukan Kelantan juga masih lagi belum mencapai tahap yang diinginkan dari aspek kadar penembusan jalur lebar dan dengan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).
Usaha yang dilakukan negeri berkenaan merupakan menjadi satu lonjakan baharu bagi menyediakan asas untuk liputan jalur lebar yang menyeluruh serta berkualiti tinggi bagi mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G tahun ini.
Pihak kerajaan negeri berkenaan juga berharap rakyat Kelantan yang berada di luar bandar dapat menikmati kemudahan internet yang baik serta memberi manfaat dari segi pendidikan, ekonomi, dan sosial menerusi usaha yang dijalankan.
Tular pada minggu ini apabila remaja ini telah meminta sehingga RM209,500 di Twitter setelah Elon Musk mahukan beliau berhenti ‘stalk’ jet peribadi beliau.
Remaja Ini Minta RM209,500 Untuk Berhenti ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk Di Twitter
Berjaya Naikkan Industri E-Sukan Tempatan, Soloz Terima Pingat Jasa Kebaktian, Negeri Sembilan