Elon Musk sebelum ini menangguhkan pembelian sepenuhnya Twitter ekoran dakwaan terlalu banyak jumlah akaun spam menerusinya. Hal ini juga disebabkan beliau mahu ketelusan di dalam informasi yang disediakan agar lebih menyakinkan.
Oleh sebab itu, Twitter dijangka bakal memenuhi permintaan bilionair itu dengan menawarkan akses kepada aliran data secara terperinci untuk memastikan proses penjualan berlaku seperti yang dirancang. Ini termasuklah data yang merangkumi lebih 500 juta ciapan yang dimuat naik pada setiap hari.
Malah, Elon Musk juga dikatakan dapat mengakses maklumat berkaitan peranti yang digunakan oleh pengguna untuk membuat sesuatu ciapan dan juga ciapan yang dimuat naik secara langsung di platform Twitter. Maklumat ini bakal diserahkan seawal minggu ini supaya boleh menamatkan keraguan bilionair itu.
Bagi pasukan undang-undang Elon Musk pula, mereka mendakwa setiap aliran data adalah maklumat penting untuk memahami bagaimana aktiviti spam dan bot terus berlaku di pada platform ini. Selain itu, mereka juga mahu mengetahui sejauh mana kesan kehadiran akaun spam boleh menjejaskan keupayaan menjana pendapatan di platform tersebut.
Sebelum ini, Elon Musk telah menerima fail saman oleh pemegang saham Twitter kerana didakwa sengaja memburukkan platform tersebut
Didakwa Sengaja ‘Memburukkan’ Twitter, Pemegang Saham Failkan Saman Terhadap Elon Musk
Miliki 9.2% Pegangan, Elon Musk Berjaya Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Twitter