Sehingga ke hari ini, Elon Musk masih dalam rundingan untuk pemilikan platform media sosial Twitter itu. Hal ini kerana beliau masih tidak berpuas hati dengan jumlah bot yang masih banyak di dalam platform tersebut sebelum dimiliki olehnya.

Hal ini kelihatan telah memberikan impak besar kepada pemegang saham semasa di dalam syarikat itu sekaligus mendorong mereka untuk menyaman Elon Musk. Tuntutan saman ini dibuat atas dasar tuduhan yang beliau sengaja memanipulasi harga saham Twitter untuk membeli syarikat gergasi Twitter tersebut dengan harga jauh lebih rendah.

Lanjutan daripada komentar yang dilontarkan oleh Elon Musk sebelum ini, nilai pasaran Twitter telah terjejas teruk mengakibatkan ramai pelabur menanggung kerugian besar menerusinya.

Dalam tuntutan yang sama, pendakwa turut menyatakan Elon Musk seolah-olah sengaja memburukkan Twitter dan meragui keputusan dirinya untuk membeli Twitter pada harga yang rendah berbanding tawaran sebelumnya. Oleh sebab itu, nilai saham Twitter berterusan jatuh menjunam selepas beberapa siri ciapan daripada Elon Musk.

Tambahan pula, tuntutan saman ini melaporkan Elon Musk dengan sengaja lambat menandatangani borang pendedahan apabila sudah mempunyai pegangan saham Twitter melebihi 5%. Perkara ini membolehkan beliau membeli saham Twitter pada harga diskaun daripada harga yang sepatutnya.

Sebelum ini juga, pengasas Twitter telah mengesahkan tidak berminat untuk menjadi CEO sekali lagi walaupun sudah berada di dalam senarai percalonan.

Jack Dorsey Sahkan Tidak Berminat Untuk Menjadi CEO Twitter Sekali Lagi

Harga Dogecoin Melonjak Naik 30% Selepas Pembelian Twitter Oleh Elon Musk

Sumber