Kemajuan teknologi pengecasan dilihat semakin baik tahun ke tahun. Beberapa syarikat pengeluar telefon pintar Android telah membuktikan kemampuan untuk menghasilkan pengecasan pantas mencapai 200W.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh MyDrivers, Apple mungkin akan menawarkan sokongan pengecasan 25W pada siri iPhone terbaru. Untuk pengetahuan, pengguna siri iPhone 12 hanya mampu menyokong palam pengecas 20W bagi mendapatkan pengecasan pantas yang optimum.

vocket-tech-charge-1
Sumber Gambar: Youtube

Melalui laporan yang sama, MyDrivers melaporkan palam pengecas 18W tidak lagi akan ditawarkan selepas ini manakala palam pengecas 25W yang bakal ditawarkan akan hadir dengan harga yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, Apple akan mengeluarkan palam pengecas 25W dan dijual secara berasingan buat pengguna di luar sana.

Siri iPhone 13 akan diumumkan sekitar bulan September ini dengan kemas kini iOS 15. Pelbagai ura-ura telah dikongsikan buat model terbaru ini termasuk penawaran kualiti kamera yang lebih baik beserta ruang storan sehingga 1TB.

Pada tahun ini, Xiaomi memperkenalkan teknologi pengecasan 200W yang boleh mengisi penuh bateri peranti sepantas 8 minit.

Xiaomi Perkenalkan Teknologi Pengecasan 200W Bolehkan Cas Penuh Peranti Sepantas 8 Minit

Xiaomi Perkenalkan ‘Charger’ 20W Khas Buat Pengguna iPhone 12 Serendah RM24

Sumber