Antara peranti Apple yang dijangka bakal membuat kemunculan pada tahun ini adalah iPhone SE 5G yang baharu. Menerusinya, pengguna boleh menikmati sebuah peranti kompak yang dilengkapi dengan penambah baikan spesifikasi berserta sokongan 5G seperti beberapa model iPhone lain.
Terkini, terdapat laporan baharu yang menjangkakan Apple mungkin menawarkan model iPhone SE 2022 dengan harga lebih rendah. Jika sebelum ini para pengguna boleh dapatkan iPhone SE pada harga serendah RM1,999 sahaja, anda boleh jangkakan harganya selepas ini sudah pasti menyamai seperti model flagship killer di platform Android.
Hal ini sekaligus membuatkan masih ramai peminat Apple sangat menantikan model terbaharu iPhone SE serta menjadi pilihan alternatif yang berbaloi buat pengguna Android yang mahu berjinak dengan produk Apple pula. iPhone SE 2022 dijangka bakal mengekalkan rekaan yang sama tetapi dengan cip pemproses terkini dan sokongan rangkaian 5G.
Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi seperti apa yang diperkatakan, tidak mustahil jika kita melihat lebih ramai pengguna Android beralih ke iPhone pula selepas ini oleh kerana mahu menaik taraf peranti untuk menikmati rangkaian 5G yang bakal diperluaskan tidak lama lagi di negara kita sendiri.
Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan dengan perkembangan menarik ini dengan harapan agar harga yang ditawarkan lebih murah berbanding sebelum ini.
Tahukah anda mengenai iPhone SE 5G dan iPad Air 2022 dijangka bakal diperkenalkan seawal bulan Mac ini?
iPhone SE 5G Dan iPad Air Genarasi Baharu Dijangka Bakal Diperkenalkan Seawal 8 Mac Ini
Apple iPhone SE 2022 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Seakan iPhone XR