Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan cip generasi kedua mereka untuk Mac iaitu Apple M2 sekaligus memulakan era baharu cip Apple Silicon. Cip ini sudah pasti menjanjikan lonjakan prestasi yang lebih baik untuk kegunaan seharian anda.

Apple M2 dikatakan bakal menawarkan kuasa pemprosesan 18% selain sokongan GPU mencecah 35% yang lebih berkuasa berbanding cip Apple M1 sebelum ini. Cip baharu ini juga hadir dengan rekaan 5nm yang mana mampu menawarkan prestasi tertinggi mencecah 87% dengan menggunakan kuasa yang rendah.

Sumber Gambar: Youtube
Sumber Gambar: Youtube

Apple juga mengatakan mereka menfokuskan kepada penggunaan kuasa yang efisien dalam masa yang sama dengan pretasi yang baik menerusi cip Apple Silicon. Dengan langkah ini, mereka berjaya hadir dengan cip yang lebih menjimatkan kuasa berbanding dengan pelbagai cip lain pada komputer riba.

Sumber Gambar: Youtube

Peranti pertama yang bakal menggunakan cip Apple M2 ini adalah MacBook Air 2022 yang baharu yang turut diperkenalkan pada acara WWDC hari ini.

Antara jangkaan pelancaran produk pada tahun ini adalah Apple AirPods Pro 2 menjelang pertengahan kedua tahun ini.

Apple AirPods Pro 2 Dijangka Akan Dilancarkan Menjelang Pertengahan Kedua 2022

Apple Benarkan Pembangun Aplikasi Naikkan Harga Langganan Tanpa Pengetahuan Pengguna

Sumber