Kita baru sahaja dilaporkan berkenaan kes kecurian kriptowang terbesar yang bernilai lebih RM800 juta di platform Nomad baru-baru ini. Perkara ini didapati telah merebak ke lebih banyak platform blockchain di luar sana.
Terbaru, Solana selaku salah satu platform blockchain terkemuka turut menimpa nasib yang sama apabila mengesahkan bahawa sistem blockchain mereka telah digodam. Dan ini perkara ini telah mengakibatkan sebanyak 7,767 dompet kriptowang milik mereka telah disonglap oleh penggodam.
Engineers are currently working with multiple security researchers and ecosystem teams to identify the root cause of the exploit, which is unknown at this time.
— Solana Status (@SolanaStatus) August 3, 2022
Pihak Solana kini berkerjasama dengan sejumlah pakar forensik digital untuk mengenal pasti bagaimana godaman berkenaan boleh terjadi. Difahamkan mereka yang menggunakan dompet kripto Slope dan Phantom telah terjejas teruk ekoran siri godaman terbaru ini.
Siasatan lanjut berkenaan isu tersebut telah mendapati bahawa alamat-alamat dompet kripto tersebut telah dicipta, diimport atau pun digunakan bersama aplikasi Slope yang mana menjadi salah satu vektor serangan penggodam ini.
Setakat ini, laporan mengatakan bahawa pengguna blockchain Solana telah mengalami kerugian kriptowang SOL bernilai $5 juta (RM22 juta). Oleh itu, pihak Solana sedang berusaha untuk mendapatkan jawapan untuk para pelanggan mereka.
Dalam pada itu, Solana juga mengesahkan bahawa isu godaman ini mempengaruhi aplikasi dompet fizikal Slope dan Phantom. Sementara mereka yang menggunakan dompet kripto fizikal tidak terkesan sama sekali. Untuk langkah berjaga-jaga, pengguna diminta menukar kata laluan sandaran pada dompet fizikal mereka.
Tahukah anda berkaitan satu kajian yang mendapati kejatuhan nilai kriptowang telah membantutkan usaha ketenteraan Korea Utara?
Kejatuhan Nilai Kriptowang Dikatakan Berjaya Bantutkan Program Nuklear Korea Utara
“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk