Seperti yang kita sedia maklum, jumlah kes COVID-19 masih meningkat pada saban hari dan orang ramai diminta untuk mengambil dos penggalak dalam melindungi diri daripada dijangkiti. Namun, terdapat segelintir pihak yang sedia menambah kerisauan orang dengan menyebar pelbagai berita palsu berkaitan dos penggalak di media sosial.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini. KKM menerusi hantaran di Facebook telah memaklumkan bahawa infografik yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.

Sumber Gambar: Facebook KKM

Hantaran itu turut menjelaskan, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap semua jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka sebelum 1 April 2022 sepertimana diumumkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini.

Berkaitan isu berita palsu berkaitan KKM yang lain pula, KKM turut menjelaskan pihaknya mengesan kewujudan sebuah kumpulan di Facebook yang menggunakan nama Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga berjaya mengelirukan orang ramai. Ekoran itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak laman sesawang rasmi KKM untuk info sahih dan terkini.

Sebelum ini juga, YB KJ sedia mencadangkan memperluasi ciri MySejahterea untuk urusan pendermaan organ.

YB KJ Cadangkan Perluaskan Ciri MySejahtera Untuk Urusan Pendermaan Organ

KJ Tegaskan Bakal Wajibkan Penggunaan MySJ Trace Sekiranya Pengguna Masih Ingkar

Sumber