Ketereh kini menjadi daerah luar bandar pertama di Malaysia yang menerima teknologi selepas ia dipilih untuk menjadi lokasi projek perintis luar bandar. Ketereh telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai Hab Digital.
Hab Digital Ketereh yang dibangunkan dalam usaha kerajaan membantu usahawan setempat memperluaskan lagi pasaran mereka ke seluruh negara malah boleh menembusi peringkat global menerusi platform digital. Pembangunan hab ini merupakan hasil usahasama YTL Communications dan Shopee bersama K-KOMM.
Antara kemudahan yang ditawarkan menerusi hab digital ini termasuklah studio fotografi, studio penstriman langsung, penyuntingan video serta dilengkapi rangkaian 5G.
Menariknya, latihan khas turut disediakan dalam membantu usahawan dan peniaga terpilih dari PEDI mencipta kandungan dan mendapat pendedahan menggunakan platform tersedia dalam talian untuk pasaran global.
Perkhidmatan 5G ini bakal menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 Megabit per saat kepada pengguna berbanding 35 Megabit per saat bagi teknologi 4G. Dengan pendekatan ini, usahawan dan peniaga setempat boleh berdaya saing dengan lebih hebat menerusi penggunaan platform digital dan kemudahan yang ditawarkan.
Selaras dengan sasaran ke arah digitalisasi, 1,000 sekolah dilaporkan bakal menerima akses rangkaian 5G menjelang penghujung tahun ini.
1,000 Buah Sekolah Bakal Menerima Akses Rangkaian 5G Menjelang Penghujung 2022
Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022