Kita sedia menerima berita baik tentang penyertaan majoriti syarikat telekomunikasi tempatan dengan DNB dalam menawarkan servis rangkaian 5G di Malaysia. Sudah pasti ramai ingin mengetahui bila pula servis rangakain 5G ini boleh diakses oleh orang ramai?

Para pengguna kini dijangka akan dapat menikmati servis 5G menerusi syarikat telekomunikasi utama secara berperingkat menjelang September. Hal ini dikongsikan Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini.

Sumber Gambar: Samsung Conductor

Setelah mendapat persetujuan daripada majoriti syarikat telekomunikasi utama, mereka telah diberikan tempoh sekitar dua bulan dalam melaksanakan pelbagai penilaian. Syarikat telekomunikasi yang bersetuju telah untuk mendapatkan pegangan pada DNB diberi tempoh seminggu iaitu sehingga 8 Julai ini untuk proses tandatangan dan sebagainya.

Selaras perancangan yang sudah dibuat, kerajaan kini menyasarkan pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan 5G menerusi talian utama mereka secara berperingkat menjelang September 2022 kelak. Buat masa ini, rangkaian 5G sudah pun meliputi 25% kawasan berpenduduk di Malaysia yang mana hanya syarikat YES sahaja yang menawarkannya.

Sementara itu, kerajaan Perak juga telah menyasarkan 98 tapak rangkaian 5G bakal terbina menjelang Oktober tahun ini.

Perak Sasarkan 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022

Naza Communications Dilaporkan Berminat Untuk Membeli Aset U Mobile

Sumber