Boleh dikatakan penggunaan internet di dalam seharian sudah menjadi satu keperluan. Jadi, fasiliti WiFi percuma di tempat awam sememangnya menjadi dambaan orang ramai kerana boleh memudahkan sejumlah urusan di dalam talian.
Baca Juga:
- Hospital Dan Klinik Kerajaan Bakal Menerima Pembayaran Secara ‘Cashless’ Bermula 1 Oktober Ini
- Projek Well-Being Haven, Usaha Bosch Bersama SMVC Dalam Membantu Kesihatan Mental Frontliner
Terbaharu, Kementerian Kesihatan kini mengumumkan akan melaksanakan pemasangan perkhidmatan WiFi percuma di semua hospital awam seluruh negara. Pemasangan ini akan dilakukan secara berperingkat dan hospital pertama yang akan menerima fasiliti WiFi percuma adalah Hospital Rembau.
Langkah ini diambil kerana terdapat hospital dengan capaian internet yang tidak konsisten sehingga hari ini. Dengan langkah pengenalan servis WiFi percuma ini, ia akan membantu pesakit untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dengan lebih mudah.
Selain pesakit, WiFi percuma ini juga boleh digunakan oleh ahli keluarga dan juga pelanggan di sesebuah hospital awam pada masa kelak. Bukan itu sahaja, kerajaan juga menyasarkan untuk meningkatkan fasiliti ke tahap yang optimum agar boleh memenuhi keperluan pesakit.