Kriptowang sehingga kini menjadi fokus kepada sejumlah negara di seluruh negara yang mana ada yang mahu menyekatnya dan sebahagian negara mencari inisiatif untuk memastikan terdapat undang-undang yang menjaga sekuriti pengguna.

Terbaharu, kerajaan Indonesia sudah mengesahkan dalam perancangan untuk melancarkan bursa kriptowang pada tahun ini. Kementerian Perdagangan Indonesia menyatakan inisiatif bursa kriptowang ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi hak pengguna sejak timbulnya peningkatan minat terhadap wang digital.

Sumber Gambar: DEWAN PERWAKILAN RAKYAT REPUBLIK INDONESIA

Difahamkan perancangan awal pelancaran bursa kriptowang sepatutnya berlaku pada tahun 2021 lalu tetapi ditangguhkan atas sebab tertentu. Pembentukan bursa kriptowang ini turut mahu menarik para pelabur muda mahu pun dari luar negara untuk melakukan transaksi kripto dengan selamat menerusinya.

Hal ini sekaligus memaksimumkan potensi pendapatan yang boleh diperolehi menerusi sektor cukai di negara itu. Malah, pihak kerajaan telah menyatakan  akan memastikan setiap keperluan, prosedur dan langkah yang perlu telah diambil.

Sumber Gambar: News18

Sasaran utama mereka bukan sahaja mahu menjadi pemain utama di dalam industri digital ini di peringkat global malahan boleh mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi secara agresif di Indonesia. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan bursa kriptowang yang akan dilancarkan kelak.