Kementerian Pendidikan Dalam Proses Siapkan Kertas Kerja Untuk Akses Internet Meluas Di Sekolah

Kementerian Pendidikan baru-baru ini mengatakan bahawa mereka sedang menyiapkan kertas kerja dalam meningkatkan kemudahan dan akses internet semua sekolah di Malaysia. Hal ini selari dengan dengan pelaksanaan pendigitalan pendidikan.

Kertas kerja ini bakal dibentangkan dalam mesyuarat kabinet menteri akan datang. Dengan inisiatif ini, internet dijangka akan dapat ditawarkan dengan lebih meluas khususnya dalam kawasan bilik darjah, asrama dan seluruh sekolah.

Sumber Gambar: Berita Harian

Malah, internet membabitkan 10,000 sekolah di negara ini akan memerlukan satu perbelanjaan yang cukup besar bernilai berbilion ringgit. Langkah ini juga dilihat sangat penting dalam memastikan setiap pelajar boleh mengikuti pembelajaran alaf baharu selaras dengan peredaran teknologi masa kini.

Para pelajar pula dilihat boleh memanfaatkan akses internet ini dengan lebih baik memandangkan ia bakal difokuskan kepada lokasi-lokasi yang sering diluangkan masa oleh mereka. Jadi, mereka sudah tidak perlu risau lagi dengan ketinggalan dalam pembelajaran seperti sebelum ini.

Selain itu, kerajaan Pulau Pinang juga dilihat sudah memulakan ujian 5G di tiga lokasi sekitar George Town.

Kerajaan Pulau Pinang Sudah Mulakan Ujian 5G Di Tiga Lokasi Sekitar George Town

Rangkaian 5G Sedia Ditawarkan Di Kawasan Terpilih Sekitar Negeri Johor Dan Selangor

Sumber
Exit mobile version