Nilai kriptowang utama dunia iaitu Bitcoin kini masih dilihat berada di bawah RM 90,000 sekaligus memberi kesan kepada sejumlah kriptowang lain di pasaran. Boleh dikatakan majoriti pelabur telah mengalami kerugian yang besar.

Namun begitu, kejatuhan nilai kriptowang ini tidak semuanya memberikan impak negatif seperti yang disangka. Kini penganalisa ketenteraan Korea Selatan telah berkongsikan sebuah informasi yang dirahsiakan sumbernya yang mana kejatuhan nilai kriptowang telah membantutkan program pembangunan senjata nuklear Korea Utara.

Sumber Gambar: CNBC

Hal ini kerana Korea Utara dilaporkan akan menggunakan kriptowang yang dicuri sebagai sumber dana untuk pembangunan fasiliti ketenteraan itu. Dianggarkan Korea Utara telah mencuri kriptowang bernilai  $615 juta (~RM2.7 bilion) menerusi beberapa siri serangan siber.

Antara taktik yang digunakan termasuklah menggunakan perisian tebusan dan meminta mangsa membayar untuk menyahkunci data yang digodam. Nilai kriptowang yang menyusut lebih 50% sejak kebelakangan ini membuatkan program senjata Korea Selatan mengalami masalah dan terpaksa ditangguh buat seketika waktu.

Tular baru-baru ini seorang selebriti terkemuka iaitu Jake Paul dilaporkan mengalami kerugian bernilai RM176 juta ekoran pelaburan dalam kriptowang.

Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

Sumber