Bercakap mengenai kriptowang, terdapat sejumlah tokoh terkemuka yang mendokong idea tersebut dan ada yang sebaliknya. Pasti ramai tertanya-tanya pandangan Bill Gates selaku individu berpengaruh serta cendiakawan dalam hal ehwal kewangan terhadap kriptowang hari ini.

Bill Gates kini berkongsi sesi soal-jawab bersama orang ramai dalam talian menerusi laman Reddit dan telah menjawab salah satu persoalan berkaitan kriptowang. Beliau mengatakan bahawa hanya melabur pada perkara-perkara yang mempunyai output bernilai.

Sumber Gambar: Raconteur

Di samping itu, beliau menegaskan nilai sesuatu syarikat adalah terletak pada bagaimana mereka menghasilkan sesuatu produk yang baik. Sementara untuk kriptowang pula, ia hanya sekadar bergantung bagaimana orang lain sanggup membayar untuknya dan tidak mengambil kira nilai kepada masyarakat seperti yang lain.

Bagaimanapun, sebahagian tokoh terkemuka lain seperti Elon Musk pula sangat mendokong idea kriptowang tersebut dan sedia mempromosikan sesetengah jenis kriptowang yang diminati. Setakat ini, kriptowang sedang berada di ambang kemerosotan nilai yang mendadak dan sangat perlahan untuk pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, siri iPhone 13 berjaya muncul sebagai telefon terlaris dunia pada suku pertama 2022.

Siri iPhone 13 Berjaya Muncul Sebagai Telefon Terlaris Dunia Pada Suku Pertama 2022

Hanya Dengan Hantar Teks Selamat Malam, Wanita Ini Berjaya Raih Sehingga RM19,500 Sebulan

Sumber