Nama Motorola mungkin sudah tidak kedengaran lagi dalam arena telefon pintar, akan tetapi jenama ini masih menjadi pilihan utama buat mereka yang mahu mendapatkan walkie-talkie. Radio mudah alih yang ditawarkan sering mendapat tempat di dalam carta sebagai walkie-talkie yang berbaloi serta tahan lasak untuk digunakan.

Menerusi laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, syarikat telekomunikasi yang berpengkalan di China, Hytera telah dituduh bersubahat bersama pekerja Motorola untuk mencuri teknologi radio mudah alih digital (DMR). Syarikat berkenaan secara khusus merekrut pekerja Motorola di Malaysia dengan tawaran pelbagai faedah dan gaji yang tinggi.

Sumber Gambar: Malay Mail

Menurut dokumen mahkamah, Motorola Solutions telah membangunkan teknologi DMR melalui penyelidikan dan reka bentuk bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, pihak Hytera didakwa merekrut dan megupah pekerja Motorola Solutions dan mengarahkan mereka untuk mengambil maklumat proprieteri dan rahsia perdagangan daripada Motorola tanpa kebenaran.

Kenyataan itu menjelaskan lagi bahawa pekerja-pekerja bermula tahun 2007 sehingga 2020 lalu telah ditugaskan semasa masih berkerja dengan Motorola. Mereka dipercayai telah mengakses maklumat sulit daripada pangkalan data dalaman syarikat dan menghantar e-mel kepada Hytera bersama penjelasan tentang cara melaksnakan teknologi itu.

Sumber Gambar: Wall Street Journal

Rahsia perdagangan yang dicuri ini digunakan untuk mempercepatkan pembangunan produk DMR Hytera, melatih pekerja syarikat itu, dan memasarkan serta menjual produk DMR Hytera ke seluruh dunia. Selain itu, Hytera turut didakwa dengan konspirasi untuk melakukan kecurian rahsia perdagangan serta memiliki atau percubaan memiliki rahsia perdagangan yang dicuri.

Untuk makluman, Hytera yang berpusat di Shehzen ini merupakan pemain utama di dalam industri teknologi radio. Syarikat ini menduduki tempat kedua di seluruh dunia sebagai pengeluar terminal radio dan menjadi pembekal utama kepada Kementerian Keselamatan Awam di negara asalnya.

Lanjutan daripada itu, sekiranya pihak Hytera disabitkan kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan termasuklah denda jenayah berjumlah tiga kali ganda nilai rahsia perdagangan yang dicuri.

Tular baru-baru ini seorang remaja menolak tawaran sebuah kereta Tesla untuk memadam akaun serta program automasi pengesan lokasi jet peribadi Elon Musk.

Remaja Ini Tolak Tawaran Kereta Tesla Sebagai Balasan Untuk Padam Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk

Mark Zuckerberg Cadang Penutupan Facebook Di Eropah Sekiranya Gagal Dapatkan Data Pengguna