Program PerantiSiswa merupakan satu inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam membantu para siswa dan siswazah mendapatkan peranti untuk memudahkan proses pendidikan pelajaran dan pembelajaran.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pendaftaran untuk program PerantiSiswa ini akan mula dibuka jam 8 pagi pada 15 April 2022 menerusi laman web rasmi PerantiSiswa. Difahamkan seramai 350,000 mahasiswa golongan B40 di seluruh negara bakal menerima inisiatif PerantiSiswa di bawah K-KOMM ini.
Selain tentang tarikh permohonan, kini pihak K-KOMM telah pun mendedahkan spesifikasi penuh untuk tablet-tablet yang bakal diterima para pelajar kepada umum sewaktu acara pelancaran tersebut. Berikut merupakan spesifikasi terperinci yang dikongsikan oleh K-KOMM.
- Skrin 10.1” Paparan HD, 1280×800.
- Android OS 10 dan ke atas.
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia).
- Minimum RAM 4GB.
- Minimum storan 64GB.
- Slot SD Micro sehingga 256GB.
- Kamera hadapan minimum 2MP.
- Kamera belakang minimum 5MP.
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk
headset. - Bluetooth 4.1 dan ke atas.
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz.
- Bateri minimum 4500 mAh.
- Pengecas USB disertakan.
- Papan kekunci bluetooth disertakan.
- Pen stylus disertakan.
Spesifikasi umun ini menunjukkan bahawa tablet-tablet yang bakal ditawarkan kepada para siswa ini adalah fleksibel serta mempunyai kemampuan optimum bagi kesinambungan dan juga aplikasi asas berkaitan pendidikan. Beliau juga menyatakan dengan yakin bahawa tablet ini dipilih daripada satu jenama premium yang berada dalam pasaran.
Menurut pihak K-KOMM juga, selepas pendaftaran untuk peranti tablet ini disahkan, ia akan diagihkan kepada para siswa bermula awal bulan Jun kelak. Pengagihan peranti tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan spesifikasi khusus tablet yang ditawarkan ini akan diumumkan kelak.
Selain itu, netizen telah meluahkan rasa kecewa dengan bantuan program ePemula baru-baru ini kerana hanya boleh digunakan untuk pembelian secara offline sahaja.
Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000