Sejak mulai dilancarkan, laman Pentas sering kali menjadi pilihan pengkarya tempatan dalam menawarkan non-fungible token (NFT) mereka. Hadir dengan identiti memfokuskan kepada budaya tempatan membuatkan laman ini unik berbanding platform NFT yang lain.

Terbaharu, laman Pentas pada hari ini telah dikejutkan dengan pembelian sebuah karya NFT termahal dalam laman berkenaan iaitu Sang Saka #001 yang terjual dengan harga 20 BNB (~RM45,880).

https://twitter.com/belakangpentas/status/1455774349126869002

Pembelian ini bukan sahaja menguntungkan pihak pengkarya, malah turut membuka mata orang ramai terhadap kreativiti pengkarya NFT tempatan. Sejurus selepas pembelian karya NFT ini dibuat, @KonfederasiMY selaku pengkarya asal bagi Sang Saka tampil meluahkan rasa gembiranya atas pembelian tersebut menerusi laman Twitter.

Tahniah kami ucapkan buat @KonfederasiMY atas usaha dalam memartabatkan karya NFT tempatan. Semoga industri NFT dalam negara dapat terus maju sekaligus bakal menjemput peminat NFT seluruh dunia mendapatkan karya NFT tempatan.

Ketahui lebih lanjut mengenai platform Pentas dalam menawarkan NFT memfokuskan budaya Malaysia.

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini