NFT dilihat sebagai satu medium baharu untuk menjana pendapatan buat pengkarya seni di luar sana. Dengan gabungan teknologi blockchain, hasil sesebuah karya digital ini dipercayai lebih bernilai kerana mempunyai data tersendiri yang tidak boleh ditiru sama sekali.
Bagaimanapun, menurut laporan The Guardian telah mengatakan bahawa jualan NFT telah menjunam teruk sehingga mencapai 92% pada bulan Jun lalu. Kehangatan NFT mencapai ke tahap tertinggi pada Januari tahun ini apabila jualan mencapai $12.6 bilion (~RM55.7 bilion).
Difahamkan firma Chainanalysis pada laporan terkini mengatakan jualan NFT sepanjang bulan Jun hanyalah sekitar $1 bilion (~RM4.4 bilion) yang muncul paling rendah dalam masa 12 bulan. Kejatuhan ini berpunca daripada nilai kriptowang utama dunia seperti Bitcoin yang turut menjunam berterusan sehingga ke hari ini.
Dengan menjual NFT pada nilai yang rendah sudah pasti merugikan kepada pemiliknya. Ditambah pula dengan terlalu banyak projek NFT yang menjadi lubuk skim penipuan sekaligus mendorong kepada penurunan penjualan NFT. Selagi nilai kriptowang utama tidak meningkat, maka penjualan NFT juga mungkin terkesan.
Hangat baru-baru ini apabila terdapat sekumpulan penunjuk perasaan yang melakukan gimik protes terhadap NFT di Amerika Syarikat.
Didakwa Sekadar Gimik, Ratusan ‘Penunjuk Perasaan’ Melakukan Protes Terhadap NFT Di Amerika Syarikat
Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh