Jumlah pengguna jalan raya dilihat meningkat dengan luar biasa, malah semakin banyak pula aduan berkaitan pesalah trafik yang melanggar peraturan jalan raya sewang-wenangnya. Untuk mengatasi masalah ini daripada berterusan, pihak JPJ telah memperkenalkan inisiatif baru untuk merakam pesalah trafik kali ini.

Terbaharu, sebanyak 128 kamera aksi pengawasan akan digunakan unit penguatkusaan bermotorsikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara bagi mengesan kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya  terutama sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Sumber Gambar: Digital Camera World

Secara khususnya, unit ini bakal menggunakan kamera GoPro Max terkini yang mampu menangkap rakaman  360° dengan resolusi 6K. Malah, unit berkenaan akan membuat rondaan di sepanjang kawasan yang dikenal pasti ‘hotspot’ dan akan menfokuskan kepada sembilan kesalahan utama menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.

Kamera tersebut bakal digunakan untuk mengesan kesalahan termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong di sebelah kiri dan membawa lebih muatan.

Dalam masa yang sama, JPJ juga meminta orang ramai membantu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan melaporkan sebarang pelanggaran lalu lintas yang dilihat menerusi bahagian e-Aduan di aplikasi Info JPJ yang hanya tersedia buat Android.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara menyemak trafik semasa untuk perancangan perjalanan yang baik sewaktu pulang pula.

Ketahui Cara Mudah Menyemak Trafik Semasa Lebuhraya Untuk Perancangan Pulang Beraya

Ini Caranya Laporkan Kesalahan Trafik Yang Dikesan Sewaktu Perjalanan Pulang Beraya