Jabatan Pengangkutan Jalan baru sahaja mengumumkan tentang pelaksanaan sistem pengujian memandu secara automasi atau dikenali sebagai ‘e-Testing’ di seluruh negara mulai April tahun ini. Pelbagai manfaat yang boleh didapatkan bagi pihak penguji dan juga calon yang mengambil ujian tersebut selepas ini.

Menerusi pengenalan sistem ujian memandu ‘e-Testing’, ia bertujuan untuk meningkat integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik. Malah, proses penilaian boleh dilakukan dengan lebih baik serta menggurangkan keperluan bilangan pengawai yang ramai di lokasi ujian.

Sumber Gambar: Youtube

Menariknya, keputusan ujian juga boleh didapatkan sejurus calon menyelesaikan kesemua ujian yang diperlukan yang mana boleh meningkatkan lagi intergriti JPJ. Untuk makluman, pengawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan, sementara calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.

Calon ujian memandu sistem e-Testing ini perlu melalui enam peringkat iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya. Bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya masih jalan seperti biasa cuma sesi belajar di dalam litar sahaja bakal mengalami perubahan di mana pengawai dan calon tidak akan duduk bersama di dalam kereta lagi.

Sumber Gambar: FMT

Setakat ini dilaporkan terdapat 232 institut memandu di seluruh Malaysia dan mereka boleh dapatkan aplikasi e-Testing ini dengan pembelian menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ. Malaysia dilihat sedang menuju ke arah yang lebih baik seperti mana Korea dan Jepun yang sudah mempraktikkan sistem ujian memandu secara automasi di negaranya.

Di dalam musibah banjir yang melanda baru-baru ini, pihak JPJ menawarkan penggantian dokumen secara percuma sehingga 15 April ini.

https://www.thevocket.com/dokumen-jpj-rosak-akibat-banjir-boleh-diganti-secara-percuma/

https://www.thevocket.com/jpj-kemas-kini-peraturan-pemilik-kenderaan-boleh-mohon-guna-cermin-lebih-gelap/

Sumber