Jack Dorsey Sahkan Tidak Berminat Untuk Menjadi CEO Twitter Sekali Lagi

Jack Dorsey selaku individu berpengaruh serta pengasas kepada platform media sosial, Twitter telah pun meletakkan jawatan pada tahun lalu. Malah, hala tuju syarikat juga dilihat bakal berubah kelak ekoran pemerolehan sepenuhnya oleh Elon Musk baru-baru ini.

Pemilik Tesla dan Starlink ini dilaporkan bahawa beliau bakal mengambil-alih Twitter sebagai sebagai sebuah syarikat persendirian dan akan mengambil-alih jawatan CEO daripada Parag Agrawal buat seketika. Namun begitu, Elon Musk juga sudah mempunyai sejumlah syarikat di bawahnya yang perlu dikendalikan.

Oleh sebab itu, selepas pengambil alihan tersebut tamat, beliau dijangka akan menjawat seorang CEO baru dan diantara nama yang sering disebut di laman media sosial tersebut bekas CEO Jack Dorsey. Bagaimanapun, Jack Dorsey sudah mengatakan bahawa beliau tidak berminat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan syarikat tersebut sekali lagi.

Beliau menambah lagi bahawa pihak Twitter akan perlu mencari individu lain sekiranya ia benar Parag Agrawal tidak akan memegang jawatan berkenaan selepas pengambil alihan oleh Elon Musk selesai.

Sementara itu, syarikat Netflix dilaporkan bakal mulai memperkenalkan iklan bersama pakej yang lebih murah menjelang hujung tahun ini.

Netflix Dilaporkan Akan Mulai Perkenalkan Iklan Seawal Hujung Tahun Ini

GSC Bakal Perkenalkan Perkhidmatan Penstriman Yang Dikenali Sebagai GSC Now

Sumber
Exit mobile version