Sebelum ini sudah dibincangkan oleh pengguna internet dan penganalisis mengenai pengenalan iPhone SE generasi baharu pada tahun 2022. iPhone SE merupakan antara model yang laris dijual dan mempunyai jumlah penghantaran yang tinggi di seluruh dunia pada tahun 2020 lepas.
Meraih permintaan yang tinggi terhadap model ini, Apple dilaporkan bakal memperkenalkan iPhone SE 5G baharu pada sebuah acara dalam talian buat pertama kali pada tahun ini di dalam sekitar Mac atau April tahun ini.
iPhone SE generasi ketiga ini dijangka bakal menawarkan rekaan seperti iPhone SE terdahulu tetapi dengan beberapa penaik tarafan pada spesifikasi termasuklah sokongan rangkaian 5G. Terdapat kemungkinan kapasiti bateri yang lebih besar untuk menampung penggunaan rangkaian 5G menerusinya.
Selain iPhone SE baharu, Apple turut dijangka sedia memperkenalkan beberapa peranti baharu di bawah barisan Mac. Masih tidak diketahui sama ada peranti-peranti ini bakal diperkenalkan pada acara yang sama atau berlainan. Penawaran harga pula tidak jauh daripada sebelumnya untuk memastikan ia masih mampu milik.
Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan bahawa iPhone SE 2022 bakal hadir dengan rekaan seakan iPhone XR padanya.
Apple iPhone SE 2022 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Seakan iPhone XR
Apple Dijangka Akan Melancarkan iPhone SE Generasi Ketiga Seawal Tahun 2022