Kes kecurian nampaknya jelas dapat berlaku di mana sahaja meskipun di tempat awam. Kecuaian daripada pemilik terkadang membuatkan individu tidak bertanggungjawab memilih untuk mencuri barangan orang lain tanpa mengira kesusahan yang ditanggung pemilik kelak.
Terbaharu, tular di Twitter menerusi akaun @tatarowk di mana beliau berkongsi rakaman CCTV dari Melawati Mall yang memperlihatkan seorang wanita bertudung hijau gelap secara perlahan-lahan mencuri telefon pintar iPhone 13 Pro Max berwarna emas yang terletak di kaunter restoran berkenaan.
https://twitter.com/tatarowk/status/1496113229692555265?s=21
Kes kecurian yang berlaku turut mendesak pemilik iPhone 13 Pro Max ini membuat laporan polis setelah menyedari telefon pintar beliau tidak berada di dalam beg sebaliknya tertinggal di atas kaunter kedai. Beliau juga memaklumkan turut menelefon nombor beliau walau bagaimanapun telah disekat.
Lebih menarik perhatian ramai, pemilik turut memaklumkan beliau sangat memerlukan telefon pintar berkenaan bagi urusan melibatkan umrah di mana beliau bakal berlepas pada Ahad ini.
SAYA CUMA PERLUKAN HANDPHONE SEBAB URUSAN UMRAH SAYA SEMUA DALAM PHONE.
TOLONG SAYA WARGA AMPANG ATAU MELAWATI pic.twitter.com/hHWMuqCJ2r— Nalissa Azmee (@tatarowk) February 22, 2022
Situasi yang belaku beserta rakaman yang dikongsikan berjaya mendapat perhatian para netizen yang tampil dengan pelbagai respon serta mengecam tindakan tidak bertanggung jawab wanita bertudung hijau berkenaan.
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyarankan pemilik iPhone berkenaan untuk menggunakan fungsi Find My dalam menjejak lokasi iPhone beliau serta berkongsi di Facebook Groups.
Cara mudah untuk mengesan iPhone dengan menggunakan aplikasi Cari. Kendatipun begitu, iPhone perlu dihubungkan ke Wi-Fi atau data Internet.
Jika iPhone tersebut sudah mempunyai eSIM maka proses untuk mengesan lebih mudah. https://t.co/MnAO9hzTyn
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) February 22, 2022
Just sharing if this were happen in the future. Its better to use Esim and disable the control centre when the phone js locked. So that pencuri tu tak dpt off mobile data and tkde simcard nak dicabut pun so you can trace it using find my iphone. https://t.co/fShUw6MY6v
— Ollie 🇲🇾 (@amirul_frhn) February 22, 2022
Try share video tu kat semua group ni kt fb ya. pic.twitter.com/901gJpi17A
— Cashier Paling Onar (@OwToTheZie) February 22, 2022
dah try darling. lokasi bergerak2 dan tak terlalu spesifik
— Nalissa Azmee (@tatarowk) February 22, 2022
Berdasarkan respon daripada pemilik, beliau telah menggunakan fungsi Find My namun masih lagi gagal menjejak berikutan lokasi iPhone yang bergerak-gerak dan tidak terlalu spesifik.
Diharap menerusi perkongsian video beliau yang tular serta bantuan orang ramai dapat memudahkan urusan beliau dalam mendapatkan semula telefon pintar miliknya serta membolehkan beliau dapat menjalani ibadah umrah dengan lancar.
Kemas kini: Menerusi Instagram Stories pemilik iaitu Nalissa Azmee, beliau memaklumkan telah menerima iPhone beliau hasil bantuan media sosial, rakan, keluarga serta pihak polis. Pencuri difahamkan telah ditangkap pada jam 3.30 pagi di mana pencuri berkenaan mengaku mencuri dengan niat untuk menjual.
Mengulas mengenai iPhone yang diterima semula, Nalissa memaklumkan iPhone beliau telah reset sekaligus membuatkan segala data dan dokumen terbaru termasuk dokumen umrah beliau hilang. Kali terakhir beliau membuat backup adalah pada Disember 2021.
Beliau turut memanjat kesyukuran kepada tuhan serta berterima kasih kepada pihak PDRM yang bertungkus-lumus membantu beliau meskipun wabak COVID-19 mencatatkan kes yang tinggi mendapatkan semula iPhone yang sangat diperlukan beliau.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ketahui lebih lanjut cara-cara yang boleh digunakan bagi mendapatkan semula telefon pintar Android anda yang hilang dengan klik pautan di bawah.
Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik