Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum Acara WWDC 2022 yang sekaligus bakal mengumumkan kemas kini iOS 16 menerusinya. Dan kini sudah pun terdapat spekulasi awal berkaitan kemas kini tersebut yang dibincangkan oleh pengguna internet.
Terbaharu, Bloomberg telah mengatakan bahawa kemas kini iOS 16 kali ini bakal membawakan ciri Always-On Display pada iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Apple dijangka bakal menggunakan kaedah yang sama seperti yang tersedia pada Apple Watch untuk ciri AOD pada iPhone kelak.
Dengan adaptasi ini, ia dapat mengurangkan refresh rate pada skrin serta memaparkan informasi ringkas untuk rujukan pengguna iPhone. Secara umumnya, ciri AOD ini bakal menggunakan tenaga bateri kira-kira 3% untuk peranti yang mengaktifkannya.
Setakat ini, masih belum diketahui lagi sama ada pihak Apple akan memperluaskan penawaran ciri tersebut untuk model-model lain atau sebaliknya. Apa yang pasti, ciri AOD sememangnya dapat memudahkan pengguna melihat notifikasi ringkas dengan lebih pantas.
Dalam membawakan kemudahan pada para pengguna iPhone, Apple telah memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menarik baru-baru ini.
Mahu Mudahkan Golongan OKU, Apple Perkenalkan Beberapa Ciri Baharu Buat Para Pengguna
Apple Umum Secara Rasmi Bakal Tamatkan Pengeluaran iPod Touch