Pada awal tahun ini Instagram dikatakan masih meneroka idea langganan pencipta konten dan kemudiannya dikesan sedang membangunkan ciri yang bakal menawarkan eksklusif Stories yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang melanggan kepada pencipta tertentu. Kini nampaknya mereka mahu memperkenalkan pelan langganan sendiri pula.
Berdasarkan informasi menerusi aplikasi Instagram di App Store, kemaskini terbaharu sudah mula memaparkan In-App Purchases yang merangkumi senarai Instagram Subscriptions yang berharga RM4.90, sementara Instagram Badge pula sedia ditawarkan pada harga bermula RM3.90 sehingga RM19.90 dan semua ini untuk langganan bulanan.
Akan tetapi, masih tidak diketahui maklumat lanjut bagi setiap pakej langganan yang disenaraikan. Terdapat kemungkinan ini adalah untuk pengguna melanggan kepada pencipta konten yang diminati untuk mengakses kandungan eksklusif menerusinya. Maka, sebarang kandungan berasaskan video mahupun gambar hanya boleh dilihat oleh mereka yang berbayar.
Menjadi kebiasaan buat Instagram menguji ciri-ciri baharu kepada kumpulan kecil terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada semua pengguna selepas itu. Sama-sama kita nantikan pengumuman yang lebih terperinci oleh Instagram mengenai langganan bulanan tersebut.
Dalam pada itu, Telegram turut bakal memperkenalkan pelan langganan berbayar untuk permesejan tanpa iklan selepas ini.
Telegram Bakal Memperkenalkan Pelan Langganan Berbayar Untuk Permesejan Tanpa Iklan
Spotify Tawarkan Pakej Langganan Secara Harian Dan Mingguan Serendah RM1