Spotify merupakan sebuah platform yang menawarkan penstriman muzik dan audio yang popular di kalangan pengguna seluruh dunia. Pengguna boleh menikmati muzik secara percuma atau melanggan pelan premium yang menawarkan lebih banyak kelebihan.

Terbaharu, Spotify telah mula menawarkan pelan Spotify Premium Mini dengan langganan harian dan mingguan buat pengguna Malaysia pada harga serendah RM1 sehari dan RM3.90 seminggu.

vocket-tech-news-spotify-1
Sumber Gambar: Spotify

Pengguna boleh menikmati pelbagai kelebihan melalui langganan termasuk mendengar lagu tanpa iklan, boleh melangkau lagu tanpa had, memuat turun lagu untuk offline dan sebagainya.

Kepada anda yang berminat dengan pakej terbaru yang ditawarkan oleh Spotify, anda boleh mengenai penawaran tersebut pada laman web Spotify bermula hari ini.

Pada tahun 2019, Spotify sudah berjaya mendapatkan sejumlah 100 juta pelanggan berbayar dan ia semakin meningkat sehingga ke hari ini.

Spotify Berjaya Peroleh 100 Juta Pelanggan Berbayar

YouTube Music Diperkenalkan Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM14.90

Sumber